Followers

Monday, November 18, 2013

Arianna Rose, The Wedding Breaker...

Arianna Rose....

Sedap nama tu. Watak dalam novel yang aku tgh baca sekarang, The Wedding Breaker. Penulis sangat2 bijak memainkan perasaan si pembaca sampaikan aku sangat teruja untuk menjadi seperti Arianna Rose. Bijak, bekerjaya, cantik, elegan... Ah, itu novel. Memang akan dijadikan watak yang perfect barulah seronok untuk pembaca berkhayal.

Gadis yang digilai ramai, persis seorang model. Ya, jika dijadikan model memang sangat2 tinggi market si Arianna ni. Dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai nama, kaya, dan segalanya nampak elok tersusun untuk hidupnya.PERFECT!!

Indah jika membayangkan sesuatu yang kita tidak pernah miliki seumur hidup dan tiba2 pada hari ini, semuanya bertukar. Segala yang kita impikan datang bergolek, dan terasa bahagia kerana apa yang didoakan menjadi kenyataan.. Dirisik lelaki berharta, segala hutang piutang dilangsaikan, dihadiahkan rumah dan kereta, diberi elaun hanya dengan menjadi isterinyaa. Ishhh, gila.... Itu semua karut! Itu tidak pernah ada dalam doaku. Karut!

Telah lama aku mengenali erti hidup yang sebenar.. Sedari awal ketika usia mencecah akil balingh. Belajar dari melihat keadaan sekeliling, menelan setiap bait kata2 nasihat, mencerna dan memahami setiap sebab dan akibatnya. Benar, terlalu sukar untukku tapi itulah dikatakan UJIAN dariNYA... ''Tidak akan diuji seseorang itu diluar kemampuannya''.. Itu yang aku pegang hingga ke hari ini. Allah tahu kemampuanku, Allah tahu aku kuat, Allah tahu aku seorang yang tabah. Syukran.

Mereka tidak tahu.. Mereka tidak rasa.. mereka tidak memahami... Jadi, tiada gunanya bercerita pada telinga2 yang tahu menadah tetapi lain yang disampaikan ke otak dan fikirannya. Daripada dihakimi oleh otak2 yang hanya tahu menjatuhkan hukum, lebih baik berdiam. Allah Ada.. Allah Maha Mendengar, Allah tahu segalaNYA. Ya, DIA tempat untuk aku mengadu...Mujur DIA ada..

Seberat manapun beban ini, InsyaAllah aku mampu laluinya. Tidak mungkin untuk menagih simpati, itu bukan aku.. Tapi, andai nyawa jadi taruhan, hanya itu yang dapat merubah pendirian bodoh ini.. Bodoh? Eh, itu diri aku.. Biarkan mereka menghina, mereka tidak tahu. Allah yang tahu...Allah tahu segalanya, biarkan Allah menghukum, tapi bukan manusia sekeliling yang langsung tidak memahami..

Arianna Rose,
Walau wataknya cuma khayalan semata tp aku suka..Hidup dinodai, bangkit, dan terus kedepan tanpa langsung menoleh. Sedikit sombong, kerana hanya dengan itu dia mampu menjadi seperti yang dia inginkan. Persetankan mata2 yang memerhati. Langkah diayun yakin, pandangan terus kedepan, tidak lagi akan diingati apa yang berada dibelakang kerana itu hnya akn menyakitkannya. Aku suka...Aku ingin sepertinya. Bukan fizikal, tetapi mental.. Dia gadis cekal...Aku ingin sepertinya...Mungkinkah?...









No comments:

Post a Comment