Dah lama berhajat nak join larian amal beramai2 masyarakat kat Malaysia ni. Dari zaman Uni lagi, tp asyik ada banyak alasan yang dtg setiap kali program macam ni berlangsung. Keazaman tu diteruskan sampai lah skang.
Dan Finally, housemateku yang memahami pun mencadangkan join World Diabetes Day Walk anjuran MEMS (Malaysian Endocrine & Metabolic Society). Memang 1st time tapi sangat teruja walaupun masa tu kesihatan sangat2 tidak mengizinkan. Niatnya cuma nak pulihkan semangat...
|
Nahhh... Xtau apa yang diorang semua duk khusyuk tgk. Ai curi2 snap je..hihihi
|
|
Aku join yang 5KM je, tu pun dah rasa semput...Walaupun hujan tp masing2 bersemangat utk tamatkan larian. |
|
Sambil jalan sambil snap lah..Tuan empunya tak pandai nak selfie, kalau tak dah penuh muka sendiri dalam camera.hahaha
Walaupun semput sampai pucat lesi muka (housemate ler cakap), tapi puas hati dapat habiskan jgk acara ni. Tu pun entah tempat yang ke berapa ratus dah...kikiki.. Cuba lagi ya..
And apa yang aku dpt dr acara2 macam ni? Jawapan aku, boleh tgk ragam orang dan boleh sihat. Haa...antara hobi aku ialah tengok gelagat orang sekeliling. Err, bkn tengok sebb nak kutuklah! Banyak jgk yang boleh belajar..Dari pakaian orang tu, kalau kita tgk die pakai tak elok ke, sendat ke, lawa ke, sopan ke, haaa..praktis la untuk diri sendiri. Jangan plak korang pegi share kat orang sebelah ape yg korang tgk tu, kang tak pasal2 jadi mengumpat, dah dapat dosa..Simpan sendiri sudah..Muhasabah.
Ada jugak yg join sebab nk kumpul sijil, tak salah kan. Sambil bayar fee, sambil sihat dan sambil bagi dorongan untuk pesakit2 yang mengalami masalah macam ni.
Aku tengok bukan setakat anak2 muda yang mai, Untie2 cina baya mak aku pun ade kot...(Mak aku lahir tahun 1946 dan skang dah 68 tahun). Sihat untie ni,..Alhamdullillah. Siap duk plan lepas tamat acara nak pegi bershopping kat Tesco bagai.. Stamina dorg, superb! Aku? Nak tekan pedal minyak pun dah gigil rasa...Nasib baik Housemate yg drive (atas tiket aku masih belum sihat)...Selamat!...kikiki
InsyaAllah, kalau diberi kesempatan memang nak join lagi..Tapi kekangan masa dan xde orang nak teman je la yg jadi masalah skang. Al maklumlah, Lone Ranger kan.huarghhhh!!
|
No comments:
Post a Comment