Pernah seseorang bagitau kat aku,jangan terlalu mengejar kesempurnaan kerana kita sendiri tidak sepurna untuk dapat yang sempurna....Memang betul ape yang dikatekan tu tapi aku manusia biasa yang dah memang lali sangat dengan 'kecacatan' hidup sejak dari kecik..Dibesarkan dalam keadaan serba kurang...Kurang perhatian,kurang kasih sayang,kurang belaian manja,kurang juga dari segi kewangan...Upsss,lupa..Kurang isi pun ye gak dats why la aku ni keding skang neh..huhuhu..Walaupun macam 2,alhadullillah aku tak ditakdirkan untuk kurang ilmu..Mak ayah aku anta aku skolah yang bagus, sampai la aku dapat masuk U....Ini saja lah bekal yang aku ada untuk aku teruskan hidup aku di alam ini....
Sebelum ni aku mencari kesempurnaan...Mencari dan terus mencari kerana aku dah cukup2 penat hidup dalam serba serbi kurang..Aku dambakan seseorang yang boleh bagi segala2 yang aku inginkan,yang boleh wat aku lupa kisah kesengsaraan aku tika dulu..Aku mahukan seseorang yang sentiasa ada tika susah dan senangku,aku mahukan seseorang yang sentiasa boleh membahagiakan aku...Dan aku mengharapkan seseorang itulah yang boleh jadikan aku di puncak suatu masa nanti..
Tapi dalam pencarian tu aku lupa, ALLAH dan tentukan Takdir untuk aku....Aku lupa untuk meminta denganNYA,aku lupa dengan kasih sayangNYA,aku lupa dengan perhatianNYA...aku lupa.....Yang aku tahu hanyalah mengharapkan belas ikhsan manusia sepertiku yang juga mengharapkan kesepurnaan....Sampai bila??Sampai aku berjumpa dengan seseorang yang juga inginkan kesempurnaan dari aku??...Sempurnakah aku?....Owh...
Kini aku sedar,kebahagiaan bukan datang dari kesempurnaan tapi kebahagiaan akan muncul bila bila adanya 'kecacatan'...Iya...'kecacatan' boleh diperbaiki untuk menjadi sempurna..Tapi jika ianya datang dalam bentuk sempurna,kebahagiaan itu hanya sementara apabila munculnya 'kecacatan'....Dapatkah kita terima seseorang yang telah datang pada kita dalam kesepurnaan,tiba2 didugaNYA dengan 'kecacatan'...Sukar bukan?....Maka yang terbaik,janganlah terlalu mengejar kesepurnaan jika kita sendiri tidak mampu untuk memberinya kepada orang lain....
No comments:
Post a Comment