Followers

Friday, April 8, 2011

Norma Kehidupan

Jari jemariku pantas menari2 di atas papan kekunci menzahirkan apa yang terpendam dalam minda dan sanubari yang telah lama menjadi barah dalam hati.Sememangnya sukar untuk meluahkan apa yang kita rasa,apatah lagi untuk tatapan si pembaca yang setia. Fikiranku jauh melayang walaupun hakikatnya di depanku adanya seorang insan yang masih menagih kasih dan simpatiku untuk kesekian lamanya.Mampukah aku untuk menunaikan setiap hasrat si dia wlaupun aku tidak pernah sekali mendengar pengakuan itu?..Kenapakah tidak dibiarkan aku untuk terbang bebas mencari sinar baru lantas membahagiakan hati yang lara ini...Kenapa tidak pernah memberi ruang untukku mencorakkan sendiri hidupku demi sebuah ketenangan yang telah lama aku idamkan?..Ketahuilah,telah lama hati ini dipenuhi dendam dan luka,tidak pernah ada yang mengubatnya malah lagi ditusuknya dengan  bilah2 tajam,merobek ke seluruh pelusuk hatiku...Aku tidak mampu lagi berpura2,namun aku percaya..Allah Maha mengetahui apa yg kurasakan ini.Membiarkan diri dibakar untuk menerangi hidup insan lain.


Jika benar aku ditakdirkan untuk menjadi sumbu pada lilin,bakarlah diriku ini seadanya..Aku gembira sekiranya hidupmu diterangai cahaya itu,dan aku berbangga kerna cahaya itu datangnya dariku..Tapi,bagaimana dgn hatiku??Bagaimana hati insan2 lain yg jua memerlukan cahaya itu?Dan bagaimana harus kuterangkan pada mereka,bahwa aku ini adalah 'lilin' untukmu..Fahamkah mereka?Mengertikah mereka?..Aku tidak pasti..Aku pasrah dengan ketentuanMU ya ALLAH,aku jua redha jika ini suratan untukku namun kumohon,Kau bukakanlah hati2 mereka ini untuk tidak terus melukakan hatiku kerna,sesungguhnya tiada lagi tempat di sini walau segaris calar lagi..



No comments:

Post a Comment