Followers

Thursday, January 23, 2014

Why Hasn't He Proposed?



" Ikan di laut asam didarat,
Dalam periuk bikin muafakat...."

Penat mengelak.. Penat juga memberi jawapan yang sama setiap kali diajukan soalan itu. Apatah lagi yang bertanya itu ibu sendiri. Menitis air mata si ibu, tapi lagi pilu hati si anak sepertinya ditikam berkali2 pada tempat yang sama. Allah sahaja yang mengetahui..

Orang kata, sabar itu indah. Benar....

Dan, untuk dapat jodoh yang baik pertama sekali kita perlu jadi baik..Iyelah, orang yang baik hanya untk orang baik, dan begitu juga sebaliknya. Allah Maha Adil...Risau.. Baikkah saya? Allahurobbi...

Apa pun, selagi ada harapan selagi itu ada penghidupan. Doa dan terus berdoa.. DIA mendengar namun masih mahu kita terus meminta dariNYA. Sesungguhnya, orang yang paling kuat diuji itu adalah dalam pemerhatian DIA.

Setiap sujud, apa yang sentiasa diminta supaya pemilik tulang rusuk ini berada dalam lindungan ALLAH Swt. Sentiasa... Seperti mana DIA menjaga diri ini, seperti itulah harapan untuk si dia...Dan kamu, ia.. Wahai bakal imamku, carilah aku dalam istikharahmu..Moga disatukan kita dalam keadaan yang tenang dan dalam redhanya, InsyaAllah...Amin...





No comments:

Post a Comment