Syukur Alhamdullillah diberi kesempatan untuk bertemu 2014 oleh Allah S.W.T. Masih lagi segar, masih lagi boleh berlari, dan masih lagi dengan azam yang sama, iaitu buka perniagaan sendiri.
Dulu saya berangan nak buka biz kedai jahitan. Idea tercetus bila tengok fesyen baju wanita sekarang yang macam kain langsir dijahit tepi and..taaraaa..jadi lah baju. And pernah hantar baju di satu kedai jahit, yang mana tokeynya adalah Bangladesh. Sangat terror menjahit. kalau tengok baju2 yang bergantungan dalam kedai tu, macam tak percaya itu adalah hasil tangan mereka. Cantik! Macam2 fesyen ada. Dari baju si kecik sampai la baju mak2 buyung, semua nampak kemas dan tersusun jahitannya.
2014, berangan nak jadi chef pulak. owh..ini semua pengaruh MASTERCHEF AUSTRALIA MUSIM KE5. Judges semua bagus, contestant juga berkualiti (tidak seperti Masterchef kita). Apa saja menu yang dimasak, rasa sangat tertarik untuk memasak sama. Setiap hari lepas balik kerja, kepenatan terubat sangat bila dapat tengok dia orang semua masak. Inspired!
Nahh, sudahnya apa saja yang saya masak saya akan paksa housemate dan officemate untuk makan..hahaha.. paksa rela. :p
Rasanya satu permulaan yang baik.. Moga tahun ini adalah lebih baik dari tahun2 sebelumnya, InsyaAllah.. 2014, be nice ya. :)
No comments:
Post a Comment