Followers

Friday, November 8, 2013

H & M....

Pernah masuk butik H&M x? Bagi aku, xde yg mengujakan sangat ttg pakaiannya... Tp aku suka nama butik ni. H and M. Seseorang pernah menghilightkan nama H&M pada aku..Mulanya tak faham, blurr.. tapi.. Owh, its our name.. My name and oso his... Siapa? seseorang yg Allah dtgkan dlm hidupku, untuk membuatku ketawa dan terus ketawa...

Aku perlu kuat untuknya... Aku perlu tabah untuknya, dan paling penting aku takut untuk kelihatan sakit di depannya. Sebab? Entah...Rasa nk tunjuk yg aku nih kuat bila bersama dia. Tak ade sebab lain..hanya itu..
Dia baik, dia 'adik' yg baik..'adik'... kenapa adik? hmmm...susah utk dihuraikan.. Hanya H&M je yg faham semua tu..Berserah pd Takdir kerana kami sedang berusaha..

Aku sakit? tak lah... Cuma diduga dengan sedikit nikmat ditarik, mungkin kerana dosa2 yang telah aku lakukan sepanjang hayat ini..Syukur jika semua dosa itu terus dihukum di dunia, mungkin nanti di alam sana aku diberi sedikit kesenangan..Ia, jika semuanya dihukum didunia, mungkin ramailah penghuni di Syurga nan kekal abadi. Aku mahu... Wallahualam. 



Follow the flow...

Ahh....
lama sungguh tak meluahkan perasaan kat cni sejak my lappy rosak 2 thn yg lalu... Nak beli yg baru? Hmm,rasanya byk hal yang lagi penting dari tu untuk diberi keutamaan.

Now, aku dah besar panjang (badan kecik, hati je besar)..Dah matang menilai dalam mengharungi ujian yg diberikan olehNYA. Benar kata org, pengalaman adalah guru yang paling bagus. Melalui pengalaman, pahit manis, suka dan duka semua boleh dijadikan panduan untuk teruskan kayuhan sepanjang perjalanan yang mendatang.

Seronok melihat rakan2 sebaya dah punyai keluarga sendiri.. 2, 3 thn lepas sibuk duk update gambar2 kawin mereka. Sekarang sibuk tayang gambar anak masing2 pulak. kalau kat group wassap tuh, siap berlumba2 nak tgk sape yg paling terer beranak lagi.. Ada lg, hari2 update gambar dan aktiviti anak sendiri kat FB, okey fine.Awak ade anak.. Ada lg, hari2 tayang muka die dgn husband, konon2 keluarga bahagia dan nak kongsi kebahagiaan dgn Fabian... Okehh, let it be...

Aku....Masih lagi sendirian. Bukan tidak mencari, cari...Tp sayang, mungkin mereka tidak cukup kuat untuk 'handle' broken woman mcm aku nih..Its ok, Allah boleh jaga aku. Jodoh dan maut semua DIA yg tentukan.. Sejauh mana kita merancang, jika bkn dgn izinNYA tetap jg tidak berjaya. Give up? tak pernah ada dalam kamus hidupku...Aku kuat, aku tabah, aku seorang yang cekal...InsyaAllah.. Allahumma Amin...

Friday, April 8, 2011

Norma Kehidupan

Jari jemariku pantas menari2 di atas papan kekunci menzahirkan apa yang terpendam dalam minda dan sanubari yang telah lama menjadi barah dalam hati.Sememangnya sukar untuk meluahkan apa yang kita rasa,apatah lagi untuk tatapan si pembaca yang setia. Fikiranku jauh melayang walaupun hakikatnya di depanku adanya seorang insan yang masih menagih kasih dan simpatiku untuk kesekian lamanya.Mampukah aku untuk menunaikan setiap hasrat si dia wlaupun aku tidak pernah sekali mendengar pengakuan itu?..Kenapakah tidak dibiarkan aku untuk terbang bebas mencari sinar baru lantas membahagiakan hati yang lara ini...Kenapa tidak pernah memberi ruang untukku mencorakkan sendiri hidupku demi sebuah ketenangan yang telah lama aku idamkan?..Ketahuilah,telah lama hati ini dipenuhi dendam dan luka,tidak pernah ada yang mengubatnya malah lagi ditusuknya dengan  bilah2 tajam,merobek ke seluruh pelusuk hatiku...Aku tidak mampu lagi berpura2,namun aku percaya..Allah Maha mengetahui apa yg kurasakan ini.Membiarkan diri dibakar untuk menerangi hidup insan lain.


Jika benar aku ditakdirkan untuk menjadi sumbu pada lilin,bakarlah diriku ini seadanya..Aku gembira sekiranya hidupmu diterangai cahaya itu,dan aku berbangga kerna cahaya itu datangnya dariku..Tapi,bagaimana dgn hatiku??Bagaimana hati insan2 lain yg jua memerlukan cahaya itu?Dan bagaimana harus kuterangkan pada mereka,bahwa aku ini adalah 'lilin' untukmu..Fahamkah mereka?Mengertikah mereka?..Aku tidak pasti..Aku pasrah dengan ketentuanMU ya ALLAH,aku jua redha jika ini suratan untukku namun kumohon,Kau bukakanlah hati2 mereka ini untuk tidak terus melukakan hatiku kerna,sesungguhnya tiada lagi tempat di sini walau segaris calar lagi..



Sunday, February 20, 2011

Kesempurnaan VS kebahagiaan

Pernah seseorang bagitau kat aku,jangan terlalu mengejar kesempurnaan kerana kita sendiri tidak sepurna untuk dapat yang sempurna....Memang betul ape yang dikatekan tu tapi aku manusia biasa yang dah memang lali sangat dengan 'kecacatan' hidup sejak dari kecik..Dibesarkan dalam keadaan serba kurang...Kurang perhatian,kurang kasih sayang,kurang belaian manja,kurang juga dari segi kewangan...Upsss,lupa..Kurang isi pun ye gak dats why la aku ni keding skang neh..huhuhu..Walaupun macam 2,alhadullillah aku tak ditakdirkan untuk kurang ilmu..Mak ayah aku anta aku skolah yang bagus, sampai la aku dapat masuk U....Ini saja lah bekal yang aku ada untuk aku teruskan hidup aku di alam ini....

Sebelum ni aku mencari kesempurnaan...Mencari dan terus mencari kerana aku dah cukup2 penat hidup dalam serba serbi kurang..Aku dambakan seseorang yang boleh bagi segala2 yang aku inginkan,yang boleh wat aku lupa kisah kesengsaraan aku tika dulu..Aku mahukan seseorang yang sentiasa ada tika susah dan senangku,aku mahukan seseorang yang sentiasa boleh membahagiakan aku...Dan aku mengharapkan seseorang itulah yang boleh jadikan aku di puncak suatu masa nanti..

Tapi dalam pencarian tu aku lupa, ALLAH dan tentukan Takdir untuk aku....Aku lupa untuk meminta denganNYA,aku lupa dengan kasih sayangNYA,aku lupa dengan perhatianNYA...aku lupa.....Yang aku tahu hanyalah mengharapkan belas ikhsan manusia sepertiku yang juga mengharapkan kesepurnaan....Sampai bila??Sampai aku berjumpa dengan seseorang yang juga inginkan kesempurnaan dari aku??...Sempurnakah aku?....Owh...

Kini aku sedar,kebahagiaan bukan datang dari kesempurnaan tapi kebahagiaan akan muncul bila bila adanya 'kecacatan'...Iya...'kecacatan' boleh diperbaiki untuk menjadi sempurna..Tapi jika ianya datang dalam bentuk sempurna,kebahagiaan itu hanya sementara apabila munculnya 'kecacatan'....Dapatkah kita terima seseorang yang telah datang pada kita dalam kesepurnaan,tiba2 didugaNYA dengan 'kecacatan'...Sukar bukan?....Maka yang terbaik,janganlah terlalu mengejar kesepurnaan jika kita sendiri tidak mampu untuk memberinya kepada orang lain.... 

Friday, February 11, 2011

Lara Jiwa....


Kisah  duka silih berganti
Kasih disemai tidak berseri
Hati diduga saban hari
Tiba masa aku kan pergi…..

Meniti hari diulit sepi
Menanti kasih yang tak pasti
Usah ditanya apa di hati
Hanya luka tanpa diubati….

Sedih pilu aku ratapi
Kasih padamu tidak terperi
Belai kasih harap diberi
Apakah ini perlu dibeli?...

Jauh rasa ingin kupergi
Pergi sendiri membawa hati
Tiada siapa akan peduli
Luka parah ku balut sendiri…….